Photodocumentary

Kehidupan di Pantai Kerteh


Semasa shot ini diamik, housemates aku tengah syok layan memancing hahaha, derang tu memang kalo dah memancing tak ingat dah mende lain, aku biarkan derang asyik terbuai layan henjutan apollo. Petang tu angin laut memang kuat,ombak mendebur non stop. Aku carik satu spot then lepak tengok gelagat pemancing-pemancing. Budak-budak pun ade kt Jetty Awana Kijal ni. Sangat kagum aku dengan skill yg derang ada, aku tegor sorang budak ni, dier cakap dalam loghat Terengganu ” nak henjut tali pancing pun kene ade care, bukan pakai henjut” dier tersenyum aku tersengih hehehe

Aku jalan kat pantai plak, nampakla sorang budak ni, kepale dier ade koyok, aku trus tekan shutter, dalam xsehat pun dier folo ayah dier g tepi pantai hehe. Banyak jugak ikan yg derang dapat ptg tu, cukup untuk perut seisi keluarge. Member aku trus memancing sambil lambai tangan kt aku wat isyarat hari tu kurang bernasib baik

On the way nak balik tu, member-member aku hampir kene rodok ngn tanduk kerbau ni, kelaka pn ada time cemas-cemas tu hahaha, sempat aku amik gamba kerbau tu. “kerbau tu penah makan orang!!” jerit pakcik yg ade dekat situ, member dier bantai gelak kt ktorang ahahaha

Petronas Corporate Service Investment



Alhamdulillah, seperti yang saya janjikan lebeh kurang 3 minggu lepas, now i’m back with more photos of life. Kali ini saya bersama peserta-peserta program Induksi Petronas seramai 52 orang berkunjung ke rumah anak kebajikan anak-anak yatim di Shah Alam.

Disinilah 30 penghuni rumah Kasih Bestari berteduh menantikan saban hari ada hati yang sudi menjenguk mereka. Sesampai saya di sana, jelas terpancar kegembiraan di riak wajah mereka. Dalam usia antara 7 hingga 12 tahun, saya percaya mereka masih tidak mengerti apa yang telah berlaku dalam diari hidup adik-adik ini. Saya tidak membuang masa terus menyapa seorang adik bernama Tarmizi, tersengih memandang saya tapi tetap mesra. Serba sedikit adik ini menceritakan rutin harian disini, tidak putus petikan pengatup camera saya merakamkan setiap detik team kami disana. Rupanya Tarmizi mempunyai abang di rumah yang sama. Saya terdiam seketika, Allah masih sayangkan mereka, biarpun telah kehilangan insan-insan tersayang dalam hidup dalam usia begitu muda, Tarmizi tetap ada seorang abang yang belajar dalam darjah Enam.

Kemana saja saya pergi sehari suntuk itu, banyak raut wajah ‘innocent’yang dapat saya perhatikan. Mengingatkan saya tentang pepatah Melayu ini ‘ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya’. Ramai lagi insan diluar sana memang benar-benar memerlukan bantuan kita. Tidak semestinya bantuan kewangan, bantuan dari segi sokongan moral pun sudah memadai. Mengunjungi mereka membuatkan mereka berasa sangat dihargai dan tidak disisihkan disamping mengenal jati diri kita.

Antara yang mengharukan saya, apabila kami membawakan kek untuk adik-adik ini, kesemua berkerumun tidak sabar menantikan kek dipotong. Terdengar gelak ketawa mereka, mungkin sudah lama tidak mereka nikmati hidangan seistimewa ini. Tapi saya puas menatap gelagat cilik comel mereka. Nyanyian nasyid adik-adik ini pula cukup mendayu, ada diantara rakan saya bergenang di kelopak mata, betapa mereka rindukan belaian kasih dari orang tua tersayang.

Sebelum kesana, kami telah membahagikan tugas kepada beberapa kumpulan, ada yang melakukan housekeeping dan beraktivti bersama adik-adik. Semua telah melakukan tugasan dengan komited. Selaras dengan Brand Essence of Petronas ‘Energy Received, Energy Return, Aspiring people Everywhere’. Menjelang petang, kami pun beransur pulang, Tanpa saya sedari Tarmizi dan rakan-rakan mengekori saya dari belakang, terus menangkap tali beg camera saya, apabila saya menoleh dia berkata “nak ikut abang balik…nak ikut…” teringat adik-adik saya jauh di kampung halaman, hati saya tersentuh, saya berpesan kepada Tarmizi dan rakan-rakan, jangan malas-malas belajar, bila besar jadilah orang berguna dan berjasa. Ada rezeki saya teringin utk menjenguk mereka lagi, bukan wang ringgit mereka perlukan, cuma perhatian yang selama ini mereka tak pernah rasai, tak pernah dimanjai…

Untuk Foto lain, saya menjemput tuan-tuan semua ke galeri Flickr saya.. Selamat mengundi!!!


One response

18 03 2008
Razak Latif

bagus..

Leave a comment